![]() |
|
Ustaz Mohammad Shukriey adalah seorang Guru agama yang telah mengajar Al-Quran sejak tahun 1999M.Beliau amat mengambil berat tentang kaedah pembacaan Al-Quran yang sebenar.Beliau adalah seorang bekas penuntut Madrasah Agama Nahdhah Hasanah,Melele Kedah.Di madrasah tersebut beliau mengambil jurusan Tahfiz Al-Quran dan pernah berguru dengan lebih 20 orang guru yang mahir di dalam Al-Quran. Beliau mendapat sokongan yang cukup tinggi daripada Mudir madrasah tersebut yang juga merupakan Mursyid Di Raja Kedah , Dato' Sheikh Tajuddin Bin Hj Abd Rahman Al-Jarumi ( seorang Ulamak Kedah) untuk meneruskan pengajian di dalam bidang Al-Quran. Selepas daripada itu,beliau meneruskan pendidikan ke Kolej Universiti INSANIAH,Kedah di peringkat Ijazah . Lanjutan daripada itu,beliau meneruskan lagi pengembaraannya di dalam mencari Ilmu Al-Quran.Pada kali ini, beliau melangkah kaki ke bumi Anbiaya' Damsyik,SYRIA (Bumi SYAM). Di Syria,beliau berguru dengan ramai guru Al-Quran yang mempunyai sanad Al-Quran di mana sanad Guru-guru tersebut tali-menali sampai kepada Rasulullah s.a.w. Setelah perjuangannya di dalam mencari Ilmu Al-Quran di Bumi Syria selesai,beliau pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada masyarakat.Sehingga sekarang beliau tidak pernah jemu di dalam mendidik masyarakat untuk mengenali bacaan Al-Quran dengan erti kata yang sebenar,iaitu sepertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. |
| HakCipta terpelihara © 2011 alislam2u.com. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. Sebarang komen atau pendapat sila emailkan kepada : info@alislam2u.com |