Di
akademi Al-Quran ini, kami amat
mementingkan kemajuan setiap peserta yang menggunakan khidmat kami.Oleh
itu,kami menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi secara On-Line
dengan peserta Akademi Al-Quran.
Di dalam pengajian On-Line ini kami menggunakan program berikut :-
|
Al-Quran
/ Muqaddam :
Al-Quran yang
digunakan adalah Rasm Uthmani . Jika
peserta tidak mempunyai Al-Quran tersebut,pihak Akademi Al-Quran akan
memberi salinan Al-Quran tersebut di dalam bentuk PDF atau Jpeg.Peserta
dinasihatkan supaya mengkhususkan sebuah Al-Quran sahaja di dalam
pengajian ini,sehinggalah pengajian ini selesai.Ini bagi memudahkan
peserta mengenali beberapa tanda-tanda penting yang terdapat pada
sesebuah Al-Quran itu.
|
E-mail
:
Setiap
peserta akan menerima
e-mail berbentuk pengajian/penerangan
yang mengandungi kaedah bacaan
Al-Quran/Muqaddam dari masa ke
semasa.E-mail ini
perlu diteliti dan
dibaca dengan bersungguh bagi memahami
isi kandungan tersebut.E-mail
yang dihantar
adalah berbeza-beza mengikut setiap kategori peserta dan mengikut tahap
penerimaan minda peserta.
|
Mp3/Mp4
:
Mp3 akan dihantar bersama-sama e-mail
kepada setiap peserta.Mp3 ini bagi
memperdengarkan cara bacaan yang jelas dan
betul.Setiap
Mp3 ini akan
menerangkan cara-cara sebutan dan bacaan
berpandukan email
yang
dihantar bersamanya.Cara ini lebih mudah,kerana
anda dapat
membaca email
dan mendengar Mp3 tersebut di waktu lapang anda.Sekiranya peserta masih
tidak memahami atau kurang penjelasan,peserta boleh membalas e-mail
tersebut dengan menyenaraikan kemusykilan peserta,dan Guru akan memberi
penjelasan yang lebih lanjut tentang perkara tersebut.
|
Yahoo Mesengger :
Yahoo
Mesengger hanya digunakan sekiranya peserta
langsung tidak
memahami apa yang diperkatakan oleh guru di dalam
email
atau Mp3.Dengan
menggunakan Yahoo Mesengger ini,peserta akan
berhadapan
dengan guru
secara langsung dan boleh terus bertanya kepada
Guru
tentang permasalahan yang dihadapi.Cara ini seakan-akan sama dengan
pengajian bersemuka di luar.Jika perlu,guru dan peserta akan
menggunakan speaker dan microphone bagi meyakinkan lagi tentang kaedah
bacaan yang betul.Oleh itu,setiap peserta dinasihatkan supaya memiliki
speaker dan microphone (Headphone) di rumah sendiri.
|
Sound
Recorder :
Setiap peserta akan dibekalkan dengan satu program
dinamakan Sound
Recorder.Program ini akan digunakan oleh setiap peserta bagi
merakam suara
mereka untuk semakan Guru pada setiap bab yang dipelajari.Dari
sini,Guru
akan memperbetulkan bacaan -bacaan yang tidak menepati kehendak
hukum
tajwid.
|
Pihak
Akademi Al-Quran akan mencari
seberapa banyak alternatif lain untuk berkhidmat dengan lebih
baik kepada semua peserta yang terlibat.
|
BAGAIMANA PENGAJIAN DIJALANKAN??
Setelah anda diterima belajar di Akademi
Al-Quran ini,kaedah-kaedah berikut akan dijalankan :
1 - Anda akan menerima satu email daripada Akademi Al-Quran.Di dalam
email tersebut
terdapat satu link atau pautan yang akan
membawa anda ke satu halaman peribadi anda.Di
halaman tersebut,anda dibekalkan dengan nota
pengajian beserta Mp3 bacaan oleh guru
Akademi Al-Quran.Anda perlu mendengar Mp3
tersebut dengan baik di samping merujuk
pada nota pengajian yang diberikan sehingga
anda dapat menguasai pengajian tersebut
dengan baik.
2 - Apabila anda yakin dapat menguasai pengajian tersebut,anda diminta
untuk merakam
bacaan anda tentang pengajian tersebut untuk
dihantar kepada Guru melalui email bagi
tujuan semakan.Program untuk rakaman suara
tersebut akan dibekalkan kepada anda.
3 - Setelah Guru menerima bacaan anda melalui email,guru akan meniliti
bacaan anda untuk
memastikan ianya betul atau sebaliknya.Jika
bacaan yang dihantar itu adalah betul dan
bertepatan dengan kehendak Guru,maka anda akan
diubah kepada tajuk dan pengajian
yang baru.Tetapi,jika bacaan anda itu tidak
tepat atau kurang memuaskan,maka Guru akan
menghantar komen dan teguran tentang bacaan
anda tersebut melalui email sekali lagi,bagi
tujuan pembetulan.Komen dan teguran akan
berterusan diberi,selagi bacaan anda tidak
menepati pengajian yang diberikan.
|