Pelajari
kaedah yang amat berkesan dalam mempelajari Al-Quran
Al-Karim. Hanya
dalam masa yang singkat anda mampu
menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.Semuanya hanya bermula dari Rumah
Anda!!!
Segala
kemudahan multimedia akan digunakan bagi
memastikan anda dapat menguasai Al-Quran
dengan
baik dari
segi
Tajwid
, Makharij Dan Sifat.
Di
Malaysia dan Asia terdapat beberapa jenis
kaedah pengajian seperti Iqra' , Qiraati
,
Muqaddam dan
sebagainya.Yang
mana satu
adalah terbaik?
Ketahuilah,Ulamak-ulamak Qurra' menolak
kaedah bacaan terkini seperti Iqra' dan Qiraati
sebagai kaedah Asas.Kerana ia akan memberi
kesan yang tidak baik terhadap Ilmu Tajwid.
Oleh yang demikian,di Akademi Al-Quran kami
menggunakan kaedah asal yang dipersetujui
Ulamak Qurra' iaitu Ejaan Muqaddam.
Sungguhpun ia sedikit lambat,tetapi ia memberi
kesan yang mendalam di dalam penghayatan
Tajwid yang sebenar.
Us
Mohd
Shukri Khadim
Al-Quran
Nabi s.a.w pernah bersabda : "Berapa
ramai daripada kalangan pembaca, membaca Al-Quran ,tetapi ketika dia
sedang membaca Al-Quran itu,Al-Quran pula melaknat dia".
Riwayat
Al-Bukhari
Di antara sebab-sebab mereka dilaknati adalah kerana mereka membaca
Al-Quran dengan tidak bertajwid seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w..
Bagaimana
pula dengan orang yang tidak tahu langsung membaca Al-Quran??
Layakkah
mereka mendapat Syafaat Al-Quran di akhirat kelak??
Adakah
Sah solat mereka??
Renungkanlah
diri kita.Di manakah diri kita sekarang, dan ke mana arah hidup
kita.....
Peluang
Terbaik Untuk Anda !!!!
Pakej
A
Yuran
pengajian sebanyak RM30
akan
dikenakan pada setiap BULAN.
Pakej
B
Yuran
pengajian sebanyak RM300
akan
dikenakan pada setiap TAHUN.
Semua
orang layak untuk mendaftar dengan
Akademi
Al-Quran ini.
Anda
akan dibahagikan mengikut tahap-tahap berikut:
TAHAP
PERTAMA : Tahap
pertama ini adalah bagi perserta yang tidak berpengetahuan langsung di
dalam bacaan Al-Quran.Peserta ini akan dibimbing dari peringkat awal
(dari A to Z ).
Peserta ini akan dibimbing bagaimana hendak mengenali huruf-huruf di
dalam Al-Quran. Pengajian akan bermula dengan menggunakan Muqaddam (
Asas Al-Quran ). Peserta akan dibimbing untuk mengenali huruf-huruf
Al-Quran terlebih dahulu, kemudian akan disusuli dengan cara mengeja
huruf-huruf tersebut
sehinggalah peserta mahir membacanya. Setelah
itu,peserta akan disambung pengajiannya dengan menggunakan Al-Quran
bagi mempelajari hukum-hukum tajwid , makhraj huruf , dan
sifat-sifat
huruf. Peserta akan dibimbing mengikut kaedah yang telah ditetapkan
oleh
pihak akademi dengan berpandukan kepada kebolehan peserta itu
sendiri.Oleh itu,peserta mestilah bersedia dari segi Rohani
dan Kekuatan
Minda bagi mempercepatkan
proses penguasaan ke atas bacaan Al-Quran.
TAHAP
KEDUA : Tahap
Kedua ini adalah
bagi peserta yang kurang mahir dalam bacaan Al-Quran.Peserta ini boleh
membaca Al-Quran,tetapi tidak lancar dan tidak membaca dengan tajwid
yang baik.
Peserta ini akan dibimbing bagi mengelokkan lagi bacaan mereka sehingga
mereka dapat mengusai bacaan Al-Quran dengan lancar dan mempunyai
Tajwid yang sempurna.Peserta ini akan diberi pendedahan yang lengkap
tentang cara membaca Al-Quran dengan baik,di samping pendedahan tentang
ilmu tajwid yang akan membantu bacaan peserta hingga sampai ke tahap
yang
lebih baik.Peserta ini akan dibimbing sehinggalah ia dapat menguasai
bacaan Al-Quran ke peringkat yang lebih baik dan lebih tinggi.
TAHAP
KETIGA
: Tahap
Ketiga ini adalah bagi peserta yang sudah boleh membaca Al-quran,tetapi
ingin memperbaiki mutu bacaan dari segi Tajwid, Makharij Huruf dan
Sifat Huruf.
Peserta
ini akan dibimbing dengan cara membetulkan sebutan-sebutan huruf dengan
Makhraj yang elok serta sifat yang sempurna di samping tajwid
dijaga.Peserta ini juga akan diberi pendedahan tentang Ilmu Tajwid
dengan cara terperinci.Sebuah kitab Tajwid Lengkap akan digunakan
sebagai panduan peserta di tahap ini.Kitab tersebut adalah karangan
Sheikh Al-Ghauthani seorang Ulama' Qurra' daripada Bumi Syria.Beliau
mempunyai sanad yang terhampir dengan Nabi S.A.W iaitu
pemegang sanad
yang ke-27 selepas daripada Nabi S.A.W.Peserta akan dibentangkan dengan
cara yang sebenar membaca Al-Quran sepertimana yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w yang diijazahkan kepada sahabat Baginda dan
seterusnya
kepada kita melalui Imam-iman Qiraat yang Muktabar.